Korea Winter Trip : Day 3 - N Seoul Tower

Bersambung..

Ari ni kitorang bangun lambat sikit sebab kitorang nak pergi few tempat dekat Seoul. So, after light breakfast we heading to N Seoul Tower. Dari Itaewon st. kami heading to Myeongdong st exit 3.From the exit heading to Pacific hotel and amik simpang sebelah kanan then walk up to cable car area. Yang ni serius semput, serupa macam mendaki tangga jugakla penatnya. On the way nak ke atas tu, singgah sekejap kat G25 mart untuk beli hot coffee. Sambil mendaki bukit / jalan yang seumpama bukit tu sambil menghirup kopi panas. Nikmat tak terkata, sebab hari ni cuaca agak sejuk sedikit berbanding the day we arrived kat Seoul. Sampai kat area cable car, dalam kesemputan tu kitorang purchase cable car ticket to N Seoul Tower. It costs 9k won per person, return ticket. Bila cable car mula bergerak ke atas, rasa teruja sangat sebab pemandangan yang cantik sekitar bandar Seoul. And clever me, i dont take picture because I was too focus on the view in front of me.

Sampai kat atas, sementara menunggu Yaya and Hajar (they went to toilet while 3 of us naik cable car dulu) kitorang sempat snap picca2. *grint

ngehh!
nak buat tarian inang kot


bagus!

The sisters

The snow
When Yaya and Hajar da sampai, kitorang pun start ronda2 kawasan. So first kitorang jumpa kawasan yang penuh dengan love lock.











Kitorang takde pun nak memeteraikan cinta kat area ni, cukupla termeterai dengan cincin di tangan *buahahaha. Lepas tu kami menghala ke kawasan di mana Runningman penah buat pengambaraan, tak banyak pic yang I ada untuk part ni sebab kebanyakannye pictures ada dekat sister in law, or Yaya's phone. I tepek mana yang I ada je la ek, because take time la nak tunggu pic dari mereka.

be like a boss

acah2 je dua ekor ni

Nasib kitorang sangat baik bila mana kitorang sampai ni kebetulan Tourism Korea bahagian cultural something ada buat event try Hanbok for free and boleh la jalan2 area berdekatan sambil  mengayakan Hanbok ala2 princess/queen/dayang2/guard and etc. So kami pun amik kesempatan untuk try pakaian hanbok ni.

me and my macho guard

our Guard


see, my hubby is way taller than the guard

and i am the midget di antara manusia ni

group photo *click!





Forbidden Love, awww
Dah selesai part purba ni, kami pun tukar baju then heading to kerusi senget tu. Cuaca time ni da semakin sejuk lak rasanya. Kebas jari tangan dibuatnya, tapi memandangkan ada lagi aktiviti nak dibuat I cuba convince my mind that it's ok, tak sejuk pun tak sejuk. But to be honest, sangat sejuk.

pakcik ni sebenarnya da kesejukan

konon nak buat love, tapi love kami ke laut yang dalam.


BFF's love gitu



the sisters




cute tak Hajar ni, manis orangnya


konon nak candid

Da sudah dengan aksi2 bergambar di atas ni, kitorang sepakat it is time to leave. Sebab utama kami sejuk and lapar. So turun cable car , berhimpit dengan manusia. Sampai kat area cable car kat bawah nun, kami dok pikir2 larat ke nak menapak turun ke area Myeongdong tu. Then i remember one blogger said they used some kind of lift untuk naik ke arah cable car ni, so aku tengok area sekeliling then *TENG! i found the lift. Kami da save tenaga untuk memanjat turun bukit tinggi tu. Tapi still kena menapak la ke arah Myeongdong because kami nak makan kat Yoogane. I dont know how to explain this but kitorang naik subway dari Hoehyeon st. then turun kat Myeongdong st keluar kat exit 8. Okay cara nak ke Yoogane ni I learnt dari Blogger jugakla. Sampai Yoogane, order marinated seafood fried rice 5 sets then dorang akan serve dengan air putih with side dishes ala buffet.

bau benda ni melekat kat baju kot
Bila makanan da ready, tak tunggu lama semua fokus makan sebab lapar teruk kan.Seriously, nasi goreng die memang sedap giler. Alhamdulillah 5 sets tu cukup untuk kami, side dishes die pun sedap2 belaka terutama sliced cabbage with apple mayonnaise sauce. 1 set is 5k won, then untuk 5 set kami bayar dalam 25k won. Da kenyang perut semua, sebelum keluar Yoogane kami sembur minyak wangi yang tersedia kat depan kaunter bayar. Seriously bau die melekat. Kat pashmina yang I letak kat leher tu ada terjatuh 1 drop of sambal nasi goreng tu, bau die kuat giler *hahahah. Bau kuat tapi nasi goreng sodappp, sampai ke Malaysia dok teringat2.

Okla , da panjang entry N Seoul Tower nanti I akan sambung aktiviti kami seterusnya untuk hari ke-3 ni. Till then,


To be continue....

Comments