Korea Winter Trip : Day 2 - Gapyeong City Tour - Nami Island


Bersambung.. ( di subuh hari, 07th Feb 2017)

We get up pretty early today because kitorang akan ke Gapyeong area. Da siap cantik hensem semua, kami breakfast kat dalam bilik je. Breakfast ala kadar bread and tuna spread. Minum lak Banana Uyu (nasibla tak sakit perut minum pepagi) So our plan today nak cover Nami Island, Petite France and Garden of the Morning Calm. We plan to go there by subway je, senang and menjimatkan. Cuma kena tukar2 subway line la. So, kat bawah ni is our route menuju ke Gapyeong.

Itaewon st Line 6 > Taereung st Line 7 > Sangbong st Gyeonchun Line > Gapyeong

Us, abaikan Eonni kat sebelah tu ngantok agaknye

Journey took around 1 hour or so, best gila tengok gelagat Koreans pegi kerja. Sambil2 tu cuci mata tengok aweks2 cantik. Seriously, pompuan kat sane memang cantik2 belaka. Kulit putih gebu, and rambut dorang sangat cantik. Lelaki lak, mmm jarang jumpa yang serupa macam Oppa2 dalam K-drama. Gitewww, pepagi lagi sarapan mata tengok Koreans khen.. On our way to Gapyeong , masa dalam train Gyeonchun line kitorang disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Salji merata2. Kitorang teruja tengok salji, terutama sekali my Hubby. Alhamdulillah dapat jugak merasa pengalaman macam ni,

Kitorang sampai kat Gapyeong st. around 8.30am, and kitorang dengan muka teruja terus tunggu kat depan Bus stop berhadapan dengan tourist information. Gapyeong city tour bus beroperasi pukul 9AM but we are too excited tunggu kat luar nun sebab...

SNOW!!!!!

nampak tak, putih2 kat bukit tu
Well, for those yang da biasa dengan snow mungkin akan rasa tak heran kan. But for us, this is our first experience so lantakla ..aku nak excited jugek! All 5 of us, busy taking pictures sampai tak sedar pun sebenarnya suhu kat area Gapyeong ni lagi sejuk dari Seoul. Serius! after selesai amik pic sume, tak sampi 5 minit kitorang da start rasa sejuk yang teramat. My BFF Yaya, dia lupa bawak hot pad and hand warmer. Kitorang cepat2 lari masuk dalam subway station. Nasib baik kat pintu depan subway station ada few vending machines serve hot drinks. Kitorang pun beli hot drinks. Harga die varies depending dengan jenis hot drinks yang kita pilih. Dalam kesejukan tu,hot coffee yang kitorang minum tu tak terasa hot langsung. Sekejap je abis secawan.Phew , penangan winter kan. Nak sangat winter kan, amek kau! So around 9AM camtu, city tour bus pun sampai. Kami beratur masa nak naik bas ni. (Ingat ye Malaysian, jangan buat perangai suke potong queue tu kat negara lain. Beratur je, tak patah kaki tu kalo beratur elok2) Ticket untuk city tour bus is 6k won for 1 pax. Ticket ni boleh guna sepanjang trip kat Gapyeong ni. Yang penting, jangan hilangkan. Everytime nak naik bas tunjukkan saje tiket tu. Perjalanan mengambil masa dalam 15 minit untuk sampai kat entrance Nami Island. The driver dropped us in front of bus stop near shoplot. Then we have to walk to the ticketing counter. Entrance fee untuk Nami Island is 10k won each person and it included ferry ride from mainland to the island.

we're at the gate, heading to ferry
Ferry ride to island takes around 5-10minutes. Dalam feri, ramai jugak tourists. We met Malaysians, Chinese and other foreign tourists. Sampai kat island tu, we can see like ice sculpture kat main entrance of Nami Island. Cantik sangat!, Even masa kat dalam feri, kitorang dapat tengok bongkah ais kat tepi2 island tu, besar da macam sculpture da. Kitorang pun teroka Nami Island yang terkenal gara2 drama Winter Sonata. Seriously, memang cantik island ni. Jom layan pics:






ahem ahem, fefeeling romantik jap

kualiti pic ni krg ok sebab kitorang amik membelakang cahaya

they tried to snap jump shot

DONT GO!
The Jemaah

yeay!!!

Dalam pukul 12 lebih camtu, penat meronda perut pun lapar kitorang heading to Drama Cafe, to eat famous Dosirak rice a.k.a nasi goncang. Harga setiap set is 5k won, and die akan serve this with air putih and hot glove untuk membolehkan pengoncangan berlaku (ihikss..) and again no picture of Dosirak rice sebab tak terfikir pun nak snap. AMPUNNNN.... but it looks like this :

Courtesy of Google, This is not originally my picture
Lepas da kenyang semua, kitorang pun sambung meronda2 lagi kawasan sekitar Nami Island ni. Serius sangat cantik kawasan die. Cuma cuaca membatasi kudrat kami, almaklumla kami ni orang tak tahan sejuk. Lelemak tak tebal sangat.
erk!
snow ow ow ow

this view is breathtaking







that river is frozen


Around 1PM camtu, kitorang heading back to jetty sebab nak menghala ke Petite France lak. Masa nak menghala ke jeti tu, jumpa ahjumma / eonni jual red bean pau. Dia jual panas2 dari periuk. Beli 1 and kongsi with my Hubby. Perh, rasa die memang thorbaek la! red bean pau kat sini dia betul letak red bean seketul kat dalam tu, tak macam kita kat Malaysia yang mana kite masak dulu letak gula semua. Harga red bean ni seingat aku 1k won. So da makan pau, kitorang pun jalan lenggang2 itik ke jeti. Alhamdulillah feri da memang sedia menunggu queen and king nak naik (hukhukhuk) tak perlu tunggu lama. Rasa macam nak lama2 lagi kat Nami but masa tak mengizinkan. So, masa feri bergerak tinggalkan Nami Island mata aku tak berenti click! click! memori untuk dirakam dalam kepala otak. Mustahil nak dapat pemandangan yang cantik bersalji macam kat Nami *sob sob sob

Bila da sampai kat jeti kat mainland, kitorang pergi ke tempat kitorang diturunkan tadi untuk tunggu bas ke Petite France pulak. Time tunggu bas ni la I berasap sikit tengok perangai some tourists yang tak reti nak beratur macam manusia. Tau nak potong Q je, tak kirala muka hensem ke cantik ke kalo tak pandai Q memang akan jadi sehodoh bongok manusia. Geram rasanya. Nasib kami baik sebab bas berenti ngam2 dekat dengan tempat kami beratur. So bila bas da sampai, just tunjukkan tiket Gapyeong City Tour tu je kat driver. Nasib baik kami dapat tempat duduk. Perjalanan ke Petite France agak jauh, and jalan lak bengkang bengkok. Kitorang tak tunggu lama, dapat seat terus terlena sepanjang perjalanan ke Petite France. Sedar je kitorang almost nak sampai ke Petite France. So, for Petite post will be on next entry,

to be continue....

Comments